Sabtu, 13 Oktober 2012

TIPS MEMBUKA PERNIAGAAN SENDIRI


MEMBUKA PERNIAGAAN SENDIRI
1. Merancang Perniagaan

Perancangan yang menyeluruh adalah penting untuk memudahkan anda mengelak atau mengatasi masalah-masalah yang berkemungkinan timbul bila anda mula menjalankan perniagaan. Perancangan anda harus berkisar kepada satu kerangka asas yang merangkumi semua fasa operasi dan menyediakan jawapan kepada segala isu sebelum operasi bermula. Halaman ini menyediakan panduan bagi anda dalam merancang perniagaan anda. Anda akan melihat sepintas lalu iklim ekonomi dan persekitaran perniagaan di Malaysia serta maklumat asas yang anda perlu ketahui sebelum memulakan perniagaan.

APAKAH VISI DAN MISI PERNIAGAAN??


Apakah itu visi dan misi?
Apakah maksud visi dan misi? Apakah pengertiannya? Apakah contoh visi dan misi? Soalan ini sentiasa ditanya oleh kebanyakan orang. Berikut adalah perkongsian ringkas daripada saya.
Visi adalah hasil yang mahu dicapai. Contohnya seperti menjadi perniagaan yang berdaya maju dalam bidang IT. Visi adalah sama maksud dengan istilah impian dan cita-cita, dan disandarkan pada misi yang dilaksanakan (usaha).
Misi pula adalah bermaksud usaha yang akan dilaksanakan bagi mencapai visi itu. Ia juga bermaksud mengapa kita (perniagaan) perlu wujud? Contohnya adalah seperti memberikan nilai pengalaman yang terbaik kepada pelanggan melalui teknologi IT yang diniagakan.
Berikut adalah contoh visi dan misi blog SmartUsaha.com yang sedang anda layari ini:
Visi: Menjadi salah satu blog utama yang sering dilawati bagi topik perniagaan internet.
Misi:
  • Menulis artikel yang berkualiti secara konsisten.
  • Mengutamakan artikel berkaitan keusahawanan dan pemasaran.
  • Mencadangkan produk yang benar-benar berkualiti dan patuh syariah sahaja.
  • Menulis dengan menggunakan bahasa Melayu yang sempurna.
  • Menyebarkan ilmu perniagaan dan pemasaran internet yang betul kepada rakyat Malaysia.
.

APA ITU KERTAS KERJA PERNIAGAAN


APA ITU KERTAS KERJA PERNIAGAAN?
Pengenalan

Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, usahawan perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap. Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan? Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan. Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.

APA ITU KESIHATAN??


Apa itu Kesihatan ? : From another perspective

 Apakah kesihatan? Apabila kita berbicara tentang tubuh manusia yang berada dalam keadaan sihat, kita mestilah terlebih dahulu memahami beberapa soalan yang paling berkaitan.

 Apakah manusia itu sebenarnya ? Bagaimana ia terzahir dalam bentuk yang wujud ini? Bagaimana ia terpelihara dalam alam ini? Apakah tujuan hidup manusia?


Tanpa memahami jawapan bagi soalan tersebut, kita tidak akan mendapat jawapan yang memuaskan tentang jenis kesihatan sebenar yang hendak kita cari. Apakah sebenarnya sakit dan apa pula sebenarnya sihat ? Apakah criteria untuk menilai sakit dan sihat itu? Apakah sihat itu baik dan sakit itu tidak baik ? Sama-sama kita fikirkan.

 Firman Allah dalam Al Quraan menyebut bahawa mungkin apa yang disangka tidak baik oleh kita itu adalah sebenarnya baik untuk kita dan apa yang baik pada sangkaan kita itu sebenarnya tidak baik bagi kita. Imam Al Ghazali pernah mentafsirkan idea itu seperti berikut ” Penyakit itu adalah satu daripada bentuk pengalaman yang dengannya manusia dapat sampai kepada Allah, kerana Allah berfirman bahawa penyakit itu hamba-Nya dan disertakan-Nya dengan orang-orang pilihan-Nya ”.

Apakah itu perniagaan?


Sekadar Gambar Hiasan

Asalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang sudi singgah keblog saya ini.Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi dari segi    pandangan,pendapat,strategi,matlamat,visi,keburukkan,kebaikan,keuntung dan lain-lain lagi yang berpautan dengan tajuk yang saya nyatakan itu.
Adakah anda tahu apakah maksud perniagaan?dan maksud kesihatan?,mungkin ada setengah dari kita faham apa maksud itu dan ada yang setengahnya pula keliru.Apa-apa pun saya akan cuba menbantu anda dari segi perkongsian yang telah saya nyatakan.Mula-mula saya ingin berkongsi jenis-jenis perniagaan dimalaysia..


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More